Sunday, April 10, 2011

Lawatan ke Proton Shah Alam + berjalan-jalan (Episode 1)

By:   
Mohamad Razif Bin Abdul Rahim(B020710037)  
Muhammad Alif Bin Mohamad (B020710111)

31/3/2011, 32 orang pelajar dari UTeM (Industrial Electronic) telah pergi melawat kilang Proton di Shah Alam.
Aku telah mengantikan partner aku iaitu Muhammad Alif Bin Mohamad kerana beliau ada kelas Control Principal pada tarikh berkenaan..
 
Di bawah akan diceritakan kronologi perjalanan ke kilang Proton di Shah Alam. Pengalaman baru bagi aku, iaitu bangun 5.30 pagi hari ini.. selalu 6.30pagi baru alarm berbunyi
   
6.00 pagi- Seperti amaran yang diberikan oleh ketua rombongan Amir, semua pelajar berkumpul di Pusat Persatuan Pelajar

6.30 pagi- Batang hidung ketua rombongan masih tidak kelihatan..

7.00 pagi- Ketua rombongan tiba.. Janji melayu..

7.30 pagi- Encik Sadiqin berserta lecturer pengiring tiba.. Bas mula berangkat ke Shah Alam.. Menyesal aku bangun 5.30 pagi harini.

9.00 pagi-Tertidur.. sedar-sedar telah berada di depan kilang Proton Shah Alam.



Kilang Proton, Shah Alam
9.05pagi- Di sambut oleh Pengawai Pengiring dari Proton.

Muka pengawai pengiring Proton yang gembira
9.10pagi- Taklimat ringkas berkenaan lawatan..Pelajar akan melawat kilang membuat kereta Proton Saga FL. Peraturan-peraturan lawatan dijelaskan; tiada camera,kasut bertutup,keselamatan .Video dimainkan bagi menunjukkan misi,visi dan kemajuan Proton dalam industri automotive negara.Terdapat 4 kilang yang membuat kereta Proton di Shah Alam iaitu kereta Saga FL, Exora, Persona, Inspira . Kereta seperti waja dibuat bergantung kepada permintaan
Mendengar taklimat
9.20pagi- Sesi soal dan kemudian dijawap berlansung.

Anda tanya saya jawap..

9.30pagi- Lawatan ke kilang membuat Proton Saga FL dimulakanSecara personally, inilah kali pertama aku masuk kilang sebab masa aku praktikal dulu aku lebih banyak keluar daripada duduk di office. Ini kerana aku menjaga site-site telco seperti Maxis, Celcom dan U-Mobile.. So, suasana kilang jauh berbeza daripada apa aku pernah lalui... Semuanya bergerak pantas..
Tidak boleh duduk diam lansung, kerana bahagian-bahagian yang perlu dipasang diletakkan diatas converyor yang sentiasa bergerak.. Di kilang Proton, proses pemasangan setiap bahagian adalah secara berantai.. Dimana selepas siap satu bahagian, maka akan diteruskan ke bahagian yang lain.. Kalau lambat lambat kita berkerja maka ianya akan termasuk ke bahagian permasangan lain.
 So, kecepatan dan ketelitian dalam memasang setiap bahagian amatlah dititik beratkan.. Begitu respect cara mereka berkerja kerana sangat amat cepat.. Di Proton colour code melambangkan pangkat seseorang.. Biru melambangkan operator dan kuning melambangkan line leader..

Sangat pantas mereka membuat kerja kerana 2minit sahaja diperlukan untuk memasang satu bahagian kereta proton Saga FL seperti lampu, enjin, tayar. Suasana kilang yang pantas, bising serta panas mampu memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang berkerja di dalamnya.





10.30pagi- Makan time..Pengiring Proton menyatakan mereka telah menyediakan banyak makanan untuk para pelajar.. Untuk tidak menghampakan dan menjaga hati mereka...aku makan sebanyak mungkin..
Makan-makan
10.45pagi- Bersedia untuk bersurai

10.55pagi- Penyampaian cedera hati daripada pihak Universiti kepada Proton atas kerjasama yang diberikan.

Penyampaian cenderahati oleh Encik Sadiqin
10.57pagi- Sesi posing dimulakan dengan aku mencari sesiapa yang bercamera untuk menangkap gambar.

11.00pagi-Bersurai.. tetapi sebelum bersurai aku sempat bertanya sesuatu kepada pegawai pengiring Proton.  
"Aku: Encik mana engineer Proton ?? Tak nampak pun dekat kilang tadi.."
"Pegawai: Diorang semua kat office, duduk dalam aircond kadang-kadang diorang turun melawat production line" 
"Aku: Oh..."

Lawatan ke Proton Shah Alam + berjalan-jalan (Episode 2)

By:   
Mohamad Razif Bin Abdul Rahim(B020710037)  
Muhammad Alif Bin Mohamad (B020710111)

Selesai lawatan ke Proton.. So, gerak balik dari Proton pukul 11...
aku berniat untuk tidur dalam bas sebab penat menyiapkan hardware untuk PSM aku..
Pastu kalau dah sampai melaka nak sambung balik buat PSM sebab tak intergrate lagi dengan software aku..

Idea..idea..where are you..
Tiba-tiba bas berhenti.. aku pandang kiri... Nampak seperti seekor Singa duduk depan shoping complex.Tapi dah keras maybe kena sumpah kot.. Ah, sudah.. PSM tak siap lagi.. Takkan pergi jalan-jalan kot..
Gembiranya diorang.. 
Memang singgah Sunway Piramid sampai pukul 2.00p.m..Maybe lecturer nak bagi kitaorang release tension.. Bawak berjalan-jalan..Tapi aku masih teringatkan PSM yang tak siap-siap lagi tu.... tengok orang main ice skating pun nampak psm.. Sedar tak sedar..dah pukul 2.00 petang.. Masa untuk pulang ke Melaka.
There is always a hope for you..
Ucapan terima kasih kepada penganjur rombongan dan para pensyarah yang menjayakan Program Lawatan ke Shah Alam.. Itulah pertama kali aku merasa suasana di dalam kilang. Semoga di perbanyakan aktiviti seumpama ini di masa akan datang.



Saturday, April 2, 2011

Lawatan Sambil Belajar..

Rasanye dah lama sgt amat tidak update blog.. Bz (skit) + Malas (banyak)...
Di sebabkan nanti aku kena buat report pasal lawatan belajar smbil berjalan-jalan ke Proton Shah, Alam...
So, mari kite melawat ke bilik aku dulu..
Masa dihabiskan didalam bilik ini:
14 Jam : Ade Lecture
23.5 Jam:  Tiada Lecture *hahahahah empuknya katil

Selamat Datang & Welcome di pintu..

First Impression

Empuknya... hahaha

Wife No. 2

Wife - 2 

Katil Roomate aku yang Sh**iee Budiman (bkan name sebenar)

Sh**iee Budiman (bkan name sebenar) yang rajin.. 


Dah tak tau nak tulis ape..
Assalamualaikum..