Wednesday, April 29, 2009

Selesema babi merebak ke 16 negara..

Selesema babi merebak ke 16 negara

Wabak selesema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di 16 buah negara termasuk di Eropah dan Asia.

Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 orang kelmarin.

Satu kes disyaki di Thailand, dua lagi di Singapura.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan aras amaran dari tahap tiga kepada empat.

(Utusan Malaysia/29.4.09) 


1) Tanda-tanda anda telah mendapat penyakit ini ialah demam panas, sakit tekak,batuk dan acap kali menyebut perkataan babi tidak kira secara sengaja, secara sedar atau secara tidak langsung. Bagi yang sudah biasa dengan sebutan 'babi' bagi menyumpah, mengutuk atau menghina orang lain. Hati-hati anda mungkin telah mengjakiti satu virus yang boleh mengakibatkan nyawa anda melayang.

2) Pengawasan telah dilakukan di pintu-pintu masuk negara bagi mengelakkan penyebaran virus ini. Tahukah anda bahawa virus ini disebarkan melalui manusia dan bukannya melalui binatang atau babi itu sendiri. Jadi terselematlah kandang-kandang babi yang bersepah di negara kita. Jika tidak, babi yang tidak bersalah itu akan menjadi mangsa korban kesilapan manusia sendiri.

3) Bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh virus ini, pemakaian topeng adalah amat penting jika ingin keluar mengambil angin, ke tempat kerja atau ke sekolah. Malahan industri pembuatan topeng telah mengaut keuntungan berlipat ganda pada bulan ini. Pemakaian topeng juga telah menjadi satu trend baru bagi orang2 mexico.

Pemakaian topeng adalah alat penting bagi mengelakkan jangkitan
terutama berada di kawasan ramai manusia...

4) Tahukah anda virus ini berpunca daripada kombinasi virus babi,burung dan manusia. Namun mengapa ianya dinamakan virus babi bukannya virus burung atau manusia. Ini kerana virus burung atau 'bird flu' telah femes baru-baru ini dan tidak dinamakan virus manusia kerana risau mencemarkan nama manusia itu sendiri. Selain itu, nama virus babi adalah lebih komersial berbanding virus manusia.

Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa selsema babi amat berbahaya dan merisaukan banyak pihak tidak kira orang muda atau tua. Setelah kes selsema burung menyepi, kini selsema babi menyerang. Agak2 lepas nie selsema ape lak yang menyerang....fikir-fikirkan..
Salam..

5 comments:

AjemiPutraNobita said...

ape yg ko mncarut ni...asik sbut "babi" jer...xbaik tol ko ni...

Mohamad Razif Bin Abdul Rahim said...

haha.. ok ok khinzir khinzir

Peja Pepejal said...

ajib dijangkiti selsema babi...tolong..tolong!!

Mohamad Razif Bin Abdul Rahim said...

bkan kau ker ??

Mohd Nasri Md. Nasir said...

babi tu hape?