Tuesday, March 10, 2009

Konvoi Keselamatan UTeM..

"KEMPEN. Seramai 1,000 pelajar dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menyertai konvoi bermotosikal dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan jalan raya baru-baru ini.

Konvoi sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya UTeM 2009 itu turut membawa kira-kira 15,000 keping risalah mengenai langkah-langkah keselamatan dan etika semasa berada di jalan raya.

Risalah berkenaan seterusnya diedarkan oleh peserta konvoi di beberapa kawasan perumahan sekitar bandar Melaka untuk memberi kesedaran di kalangan orang ramai mengenai peraturan penggunaan jalan raya dengan lebih sistematik dan selamat."

dipetik dari arkib Akhbar Kosmo.. link

                                sebelum konvoi...

                           motor penulis sedang beraksi

                                        penulis 2 dari kanan

                 kanak-kanak ribena yang riang

       Tiba di Kompleks Sukan, untuk majlis perasmian

No comments: