Monday, March 16, 2009

Berhati-hati beri komen blog

Biasanya kita dengar blogger yang didakwa tetapi kini pemberi komen pun tidak terlepas dari hukuman jika melakukan kesalahan

PDRM memang boleh mengesan dari mana datangnya seseorang pelayar internet itu selagi mereka surfing dari ISP Malaysia dengan kerjasama ISP-ISP tersebut. Tak tahulah kalau surfing dengan identiti anonymous iaitu menggunakan web proxy luar negara.

Saya pernah terbaca dalam forum mengatakan PDRM mempunyai pakar-pakar forensik IT. Mereka boleh mengesan segala bukti walau pun komputer telah di format semula. Seperti juga handphone, walau pun sudah didelete sesuatu fail/sms masih ada pakar yang boleh mengoreknya semula.

Jadi, jagalah bahasa kita walaupun hanya memberi komen.

Enam pengunjung blog didakwa hina Sultan Perak 
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN

KUALA LUMPUR: Enam pengunjung laman blog didakwa di Mahkamah Sesyen di empat bandar utama hari ini kerana kesalahan menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam laman blog.

Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.


* Sumber Isuhangat

No comments: