Tuesday, October 14, 2008

Datuk Shah Rukh Khan ???


Kecoh dan menjadi isu hangat apabila Shah Rukh Khan mendapat pingat Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70 Melaka kerana kununnya menarik ramai pelancong ke negeri Melaka kerana membuat penggambaran filem hindustan di sana.

Rasanya mungkin selepas Shah Rukh Khan berlakon di Afamosa, berduyun-duyun pelancong asing yang juga peminat hindustan datang ke Melaka. Mungkin selepas ini Sean Connery dan Catherine Zeta Jones juga akan mendapat pingat yang sama kerana mereka juga pernah berlakon di KLCC.

Namun masihkah kita ingat, artis Bollywood yang bernama Shah Rukh Khan ini sebenarnya bukan sahaja murtad tetapi juga merupakan penghina Islam. Kalau mengikut cerita dari wartawan-wartawan, artis ini pada asalnya beragama Islam. Di saat - saat kematian ibunya dia bersembahyang dan memohon kepada tuhan agar tuhan memanjangkan menyelamatkan nyawa ibunya namun hajatnya itu tidak dimakbulkan.

Pada ketika itu dia mengatakan tidak ada gunanya memohon pertolongan kepada tuhan, yang mana dalam erti kata yang lain dia cuba menafikan keagungan tuhan, Allah s.w.t. Dalam lakonan beliau sering kali beliau menyembah berhala. Walaupun ianya sekadar lakonan, di sisi agama kita ianya merupakan satu kesalahan besar yang membawa kepada jatuhnya akhidah atau murtad. Ketika berkahwin dengan isterinya, Shah Rukh Khan melangsungkan perkahwinannya dalam adat istiadat agama Hindu. Ini satu lagi perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kenapa kerajaan Melaka sangat mengagungkan artis luar sedangkan artis Malaysia sedikit sangat yang mendapat pingat tersebut dan ini menunjukkan orang kuat Melaka minat sangat dengan hiburan dan juga peminat cerita hindustan yang ekstrem. Kita fikirlah sendiri..

3 comments:

Atiela razmie said...

yup..mybe we should think about that and dont forget siapa y memerintah..:P sendiri2 paham sudah..

peja said...

btol tu ajib.aku sokong ko..ajibulghunnah

Mohamad Razif Bin Abdul Rahim said...

haha.. biase.. knape la nak agung2kan org luar