Wednesday, October 31, 2012

Asia Application Engineer, Western Digital



Kira-kira, setahun lepas aku ada post pasal interview aku dengan 2 company berbeza..
Alhamdulliah, rezeki aku di Western Digital(M). Abis belajar rehat dalam 2 minggu sebab Raya Aldilfitri, lepas tu terus join Multinasional Company ni.. 12/09/2012 cukuplah setahun aku berkerja di Western Digital.

Aku masih lagi meneruskan perjuangan untuk mencari sesuap nasi di bumi bertuah ini..

Monday, September 5, 2011

Bertemu berduga..

Seperti aku cerita sblm ini.. baru jer 2 hari sampai rumah sebab abis blajar..
Isnin dan Selasa aku kena pergi temuduga.. 1 kat Kelana Jaya, satu lagi kat Tropicana..
Nak share sdkit pengalaman bertemu duga sebab first time ni.. hehe


Hari Isnin,22/8/2011 Western Digital, 3.00 P.M,
Aku smpai lbih kurang 2.00 kat Pejabat WD di bangunan P1, iaitu tempat untuk mendaftar sebelum pergi ke tmpt temuduga.. Tapi hujan sangat amat lebat.. sampai tak nampk jalan lansung..So, duduk dalam keta tak keluar..
.
.
Tungguu...tunggu..tungggu.. ah sudah dah kul 2.30ptg..nak tak nak kena keluar keta jugak pergi daftar..Amik payung.. trus keluar..bkak payung
.
.
Payung patah.. kesannya.. baju kemeja..tie..seluar slack..kasut..sume basah kuyup..
Jmpe penyambut tetamu.. awak ni berenang ker ?? cis..
.
.
Pastu pergi ke bangunan P3 untuk temuduga dalam kul 3.00, memang menepati masa betul.
Masuk2 di sambut dengan menjawap test.. Sangat susah test ni.. dah lah banyak giler soalan.. 1 jam je bagi..memang banyak termenung laaa.. hahaha

Pastu, aku kena start ditemuduga oleh 3 orang.., maybe ketua tuk department ni kot memulakan soalan
" Tell me about yourself.. "
" My name is Mohamad Razif Bin Abdul Rahim.. I am from Kota Damansara.. I have been traveling a lots during my study, from K.L to Perak, Perak to Johor.. Lastly from Johor to Melaka....bla bla blaaa... ZZZzzzz.. " 

Tah ape aku main belasah sepeking London.. tapi dorang angguk2.. Paham kot..
1 Penemuduga ni cam ketua antara semua.. sangat serius.. Lagi 2 orang cam ok jer..

Soalan mula2 mcam senang jer.. pastu amik kau.. tergagap2 aku nak jawap..
Bagi situasi company laa..bagi masalah dunia laa..Pastu design system cam assgment tapi die nak tgk on the spot.. Design computer laa.. IQ test aku kena gelak lagi.. Memang comfirm2 salah.. 

Pastu dh nak abis.. Dorang open soalan.. amik kau, aku plak bertubi tubi tanya.. Macam-macam aku tanya..
Ingatkan dorang cuak.. tgk2 dorang jawap senang jer.. haha siot tul

Pastu abis.. keluar dari department tu.. otak blur giler.. sakit pun ada..
Tgk jam.. 6.30ptg.. patut r blur.. 3 jam 30 minit kena perah otak..
Dahla puasa..

p/s: Innalillah, rupanya ada orang meninggal kena panah petir masa hujan tu.. sumber

Sunday, September 4, 2011

Belajar Sudah Abis Bro..

Lame giler tidak mengupdatekannyepun aku pnye blog.. hahaha
sebab utama adalah kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian.. OK aku tipu, aku pemalas nak update sebenarnya..

Alhamdulillah, pada Jumaat 19/8/2011 yang lalu.. paper exam terakhir untuk Bachelor Of Industrial Electronic telah saya diduduki.. Ini bermakna usaha saya selama 4 thun telah sampai ke penghujungnya.. Masa untuk berehat seketika daripada menghadapi pelbagai rintangan semasa Degree.. Aku bleh katakan agak tough jgak la electronic engineering..

Next day(Sabtu), aku rush balik K.L sebab nak berehat letih tu angkut barang2 dari tingkat 2.. puasa plak tu..
Nasib baik Imam aku kuat.. klau tak aku dh bntai dah minum air paip kat toilet..

Alhamdulillah syukur, sehari jer berehat dekat rumah.. Isnin dan Selasa  22-23/8/2011 ade interview. Satu dekat Western Digital Kelana Jaya, satu lagi Advance Tech Communications dekat Tropicana, PJ..

WD sebagai Engineer under department Asia Application Engineering,
pastu AdvanceTech tu sebagai QA Engineer.. pdahal aku pun blur QA tu ape.. sebab dorang request resume aku dari JobMalaysia so aku send jerlah.. tgk2 die panggil interview..


Dah duduk umah ni mesti perut besar, oleh itu aku perlu cari futsal dgn segera.. Jom main.

p/s: penat jaga pemakanan masa 30 ari puasa.. raya hari first terus lupe.

Sunday, April 10, 2011

Lawatan ke Proton Shah Alam + berjalan-jalan (Episode 1)

By:   
Mohamad Razif Bin Abdul Rahim(B020710037)  
Muhammad Alif Bin Mohamad (B020710111)

31/3/2011, 32 orang pelajar dari UTeM (Industrial Electronic) telah pergi melawat kilang Proton di Shah Alam.
Aku telah mengantikan partner aku iaitu Muhammad Alif Bin Mohamad kerana beliau ada kelas Control Principal pada tarikh berkenaan..
 
Di bawah akan diceritakan kronologi perjalanan ke kilang Proton di Shah Alam. Pengalaman baru bagi aku, iaitu bangun 5.30 pagi hari ini.. selalu 6.30pagi baru alarm berbunyi
   
6.00 pagi- Seperti amaran yang diberikan oleh ketua rombongan Amir, semua pelajar berkumpul di Pusat Persatuan Pelajar

6.30 pagi- Batang hidung ketua rombongan masih tidak kelihatan..

7.00 pagi- Ketua rombongan tiba.. Janji melayu..

7.30 pagi- Encik Sadiqin berserta lecturer pengiring tiba.. Bas mula berangkat ke Shah Alam.. Menyesal aku bangun 5.30 pagi harini.

9.00 pagi-Tertidur.. sedar-sedar telah berada di depan kilang Proton Shah Alam.



Kilang Proton, Shah Alam
9.05pagi- Di sambut oleh Pengawai Pengiring dari Proton.

Muka pengawai pengiring Proton yang gembira
9.10pagi- Taklimat ringkas berkenaan lawatan..Pelajar akan melawat kilang membuat kereta Proton Saga FL. Peraturan-peraturan lawatan dijelaskan; tiada camera,kasut bertutup,keselamatan .Video dimainkan bagi menunjukkan misi,visi dan kemajuan Proton dalam industri automotive negara.Terdapat 4 kilang yang membuat kereta Proton di Shah Alam iaitu kereta Saga FL, Exora, Persona, Inspira . Kereta seperti waja dibuat bergantung kepada permintaan
Mendengar taklimat
9.20pagi- Sesi soal dan kemudian dijawap berlansung.

Anda tanya saya jawap..

9.30pagi- Lawatan ke kilang membuat Proton Saga FL dimulakanSecara personally, inilah kali pertama aku masuk kilang sebab masa aku praktikal dulu aku lebih banyak keluar daripada duduk di office. Ini kerana aku menjaga site-site telco seperti Maxis, Celcom dan U-Mobile.. So, suasana kilang jauh berbeza daripada apa aku pernah lalui... Semuanya bergerak pantas..
Tidak boleh duduk diam lansung, kerana bahagian-bahagian yang perlu dipasang diletakkan diatas converyor yang sentiasa bergerak.. Di kilang Proton, proses pemasangan setiap bahagian adalah secara berantai.. Dimana selepas siap satu bahagian, maka akan diteruskan ke bahagian yang lain.. Kalau lambat lambat kita berkerja maka ianya akan termasuk ke bahagian permasangan lain.
 So, kecepatan dan ketelitian dalam memasang setiap bahagian amatlah dititik beratkan.. Begitu respect cara mereka berkerja kerana sangat amat cepat.. Di Proton colour code melambangkan pangkat seseorang.. Biru melambangkan operator dan kuning melambangkan line leader..

Sangat pantas mereka membuat kerja kerana 2minit sahaja diperlukan untuk memasang satu bahagian kereta proton Saga FL seperti lampu, enjin, tayar. Suasana kilang yang pantas, bising serta panas mampu memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang berkerja di dalamnya.





10.30pagi- Makan time..Pengiring Proton menyatakan mereka telah menyediakan banyak makanan untuk para pelajar.. Untuk tidak menghampakan dan menjaga hati mereka...aku makan sebanyak mungkin..
Makan-makan
10.45pagi- Bersedia untuk bersurai

10.55pagi- Penyampaian cedera hati daripada pihak Universiti kepada Proton atas kerjasama yang diberikan.

Penyampaian cenderahati oleh Encik Sadiqin
10.57pagi- Sesi posing dimulakan dengan aku mencari sesiapa yang bercamera untuk menangkap gambar.

11.00pagi-Bersurai.. tetapi sebelum bersurai aku sempat bertanya sesuatu kepada pegawai pengiring Proton.  
"Aku: Encik mana engineer Proton ?? Tak nampak pun dekat kilang tadi.."
"Pegawai: Diorang semua kat office, duduk dalam aircond kadang-kadang diorang turun melawat production line" 
"Aku: Oh..."

Lawatan ke Proton Shah Alam + berjalan-jalan (Episode 2)

By:   
Mohamad Razif Bin Abdul Rahim(B020710037)  
Muhammad Alif Bin Mohamad (B020710111)

Selesai lawatan ke Proton.. So, gerak balik dari Proton pukul 11...
aku berniat untuk tidur dalam bas sebab penat menyiapkan hardware untuk PSM aku..
Pastu kalau dah sampai melaka nak sambung balik buat PSM sebab tak intergrate lagi dengan software aku..

Idea..idea..where are you..
Tiba-tiba bas berhenti.. aku pandang kiri... Nampak seperti seekor Singa duduk depan shoping complex.Tapi dah keras maybe kena sumpah kot.. Ah, sudah.. PSM tak siap lagi.. Takkan pergi jalan-jalan kot..
Gembiranya diorang.. 
Memang singgah Sunway Piramid sampai pukul 2.00p.m..Maybe lecturer nak bagi kitaorang release tension.. Bawak berjalan-jalan..Tapi aku masih teringatkan PSM yang tak siap-siap lagi tu.... tengok orang main ice skating pun nampak psm.. Sedar tak sedar..dah pukul 2.00 petang.. Masa untuk pulang ke Melaka.
There is always a hope for you..
Ucapan terima kasih kepada penganjur rombongan dan para pensyarah yang menjayakan Program Lawatan ke Shah Alam.. Itulah pertama kali aku merasa suasana di dalam kilang. Semoga di perbanyakan aktiviti seumpama ini di masa akan datang.



Saturday, April 2, 2011

Lawatan Sambil Belajar..

Rasanye dah lama sgt amat tidak update blog.. Bz (skit) + Malas (banyak)...
Di sebabkan nanti aku kena buat report pasal lawatan belajar smbil berjalan-jalan ke Proton Shah, Alam...
So, mari kite melawat ke bilik aku dulu..
Masa dihabiskan didalam bilik ini:
14 Jam : Ade Lecture
23.5 Jam:  Tiada Lecture *hahahahah empuknya katil

Selamat Datang & Welcome di pintu..

First Impression

Empuknya... hahaha

Wife No. 2

Wife - 2 

Katil Roomate aku yang Sh**iee Budiman (bkan name sebenar)

Sh**iee Budiman (bkan name sebenar) yang rajin.. 


Dah tak tau nak tulis ape..
Assalamualaikum..

Thursday, August 26, 2010

Test..test..test..

Minggu ni sahaja, aku terpaksa menghadapi 3 test yang agak sukar..
Bemula hari Selasa, Rabu dan Jumaat.. Semasa aku menaip blog ini, 2 test telah aku jalani..
Tinggal 1 lagi iaitu electric drive.. Mcam mana nak jawap.. aku sendiri pon blur2..

Teringgat 7 minggu lalu, aku kembali ke Melaka setelah 6 bulan berada di K.L..

Hari pertama masuk kelas:

"  Start arini, tiap-tiap hari aku nak study..
Tak nak buang masa lagi dah..tahun akhir plak tu.."

7 minggu berikutnya:
" Eh, test besok kan ??.. takpela besok la study.."


Termenung aku.. camne nak jawap test ni..  camni jela.. cara mudah, kita buka FB cari hint..
.
.
.
Takde jugak hint..
.
.
.
ZZZZZzzzzz...

Monday, May 3, 2010

Second Year..and still counting

Syukur alhamdulilah, Aku masih diberikan kudrat untuk melontarkan secebis idea untuk tatapan bersama..

Terima kasih kepada si Dia(Nazhifah Zanirah) kerana kita telah berjaya bertahan sehingga ke hari ini.. Insyaallah dulu,kini hingga selama-lamanya.

Ari sabtu yg lepas aku telah keluar bersama si Dia untuk meraikan ulang tahun yang kedua.. walhal dah kenal dari sekolah lagi.. hehe

Pergi kemana ? celebration camne ?? hadiah ape ?? biarlah jd rahsia kami berdua.. 

26/4/2008-26/4/2010

Sunday, April 18, 2010

Yeah.. Olympus 12 Megapixel !!

         Akhirnya, dapat juga aku membeli sebuah camera digital aku sendiri.. Haha warna biru plak tu..
Alhamdulliah.. lebih lebih lagi jenama Olympus yang memang aku inginkan dari dulu lagi..
Antara yang menarik ialah camera ini mempunyai 12 megapixel dan 5X optical zoom..
Disini aku copy pastekan antara features yang menarik..

Superb image quality with a high-resolution, 12 megapixel CCD. No worries about losing clarity or detail when making enlargements or when cropping.

12 Megapixel

5x Optical Zoom
2.7" LCD
xD / microsSD Cards
Intelligent Auto + Shadow Adjustment
Advanced Face Detection
AF Tracking
Digital Image Stabilization
Movie & Sound
Magic Filters
20 Shooting Modes
Perfect Fix
High ISO (1600)
In-Camera Help Guides






Picture yang sempat aku snap..



p/s: Thanks kepada adik aku, sbb share beli camera ini..

My second wife..

Alhamdulliah, syukur kepada Tuhan kerana sekali lagi telah memanjangkan usia ku hingga mampu bangun dan mencoretkan sesuatu untuk bacaan sahabat sekalian..


Pada kali ini, aku ingin bercerita tentang lokasi dimana aku menghabiskan kebanyakan masa ku sepanjang berada di rumah..

Iaitu dihadapan PC kesayangan aku.. My workstation.. Inilah yang menghubungkan aku dengan dunia luar.. Menyiapkan pelbagai tugas-tugas yang diberikan..bermain FM 2010 sampai pukul 3 pagi.. dan bermacam2 lagi hingga tidak mampu diceritakan disini..



Ada sedikit peningkatan (upgrade) apahal ayat sekma jer ni, untuk PC aku pada kali ini..

1) Motherboard->Asus P5K SE Board ( P35 Chipset)

2) Power supply-> Cooler Master Extreme 550 W

3) Memory-> Dual Channel 4 Gb ram

4) Keyboard->Logitech Media Keyboard

5) Mouse->Cheap and cool looking mouse



Terdapat 1 benda yang ingin aku upgrade tapi tak kesampaian iaitu LCD monitor aku..

Insyallah jika diberi kesempatan 22” LCD akan menyusul tpi tarikah dan masa hanya tuhan yang tahu..